Sunday, May 9, 2010

Singh oh SIngh

salam...

kebelakangan ini banyak dada-dada akhbar diserikan dengan cerita-cerita panas mengenai keadaan dalam negara kita. Yang paling menarik minat saya ialah mengenai kes seorang remaja ditembak mati oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di shah alam. Tragedi tersebut telah menjadi liputan segala media yang berada dalam negara malaysia yang aman ini. Tetapi yang membuat saya sedih ialah apabila isu ini dipolitikkan. PERLUKAH??. Mengapa Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh menawarkan khidmat guaman kepada keluarga si mati?? Di situ telah wujud tanda tanya dimana adakah isu ini dengan sejujurnya hendak diselesaikan atau hanya untuk sekadar mengambil peluang untuk menyelar kerajaan?? Saya tidak faham mengapa seorang Ahli Parlimen Pembangkang hendak mewakili keluar si mati dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan kerajaan?? Memang benar kes ini melibatkan melayangnya nyawa seorang remaja yang berpotensi untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang, tetapi isu ini bukan lagi berkenaan untuk mencari kebenaran, namun ia telah menjadi isu politik. Situasi akan menjadi rumit jika semua perkara hendak di POLITIKKAN..
Selepas kejadian malang yang menimpa mangsa, orang awam mula menuding jari kepada polis. Semuanya serba tidak kena. Seakan-akan polis tidak pernah buat kerja. Polis makan gaji buta. Segala bentuk tohmahan dilemparkan disebalik kerja mereka yang sentiasa menggadai nyawa demi menjamin keselamatan RAKYAT MALAYSIA. Adakah anda rasa yang POLIS DIRAJA MALAYSIA itu dianggotai oleh robot yang kebal?? Anggota Polis hanyalah manusia yang jika ditoreh kulitnya maka akan mengalirlah darah. Saya setuju dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dimana beliau berkata `if you don`t want us to protect the people, then tell me so that i can pull my men off the streets`. Cukup benar kenyataan ini. Jika semua yang polis buat jahat, tak betul, baik tak payah ada polis lagi. Buat apa bagi mereka makan gaji buta. Namun, Peguam terkenal Karpal Singh menyelar kenyataan itu dan mengatakan the action of the Inspector-General of the Police Force is against Profesionalisme. Well Mr. Karpal Singh isn`t that by exposing the main witness of the case to public and tell him to give statement in a PRESS CONFERENCE is also against your profesionalisme and can create prejudice among the people. I strongly believe you are aware of that. Well sir, I think you just spat to the sky. hahaha..

Saya juga ingin mengulas tentang kenyataan media yang dilakukan oleh rakan mangsa. In the police report that he lodge, he said that he was beaten by 4 cops and manage to escape. WHAT??? cut the craps will ya. A 15 years old boy manage to escape from 4 cops who was beating him. NONSENSE. Even me myself cant escape. Dan bila dilihat pada leban di tangan mangsa, lebam itu bukan seperti lebam dipukul. Lembam itu nampak nipis dan memanjang. Kalau lebam dipukul, ia akan kelihatan bulat. So, adakah dia telah menjadi kambing hitam dalam kes ini?? diperalatkan oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain. Saya fikir mungkin juga,
Jadi, biakan pihak berwajib menjalankan siasatan dengan tenang dan teliti. Jika Polis bersalah, maka hadapkanlah mereka ke muka pengadilan. Tetapi jangan sesekali menjadikan isu ini berbaur politik kerana IT STINKS...